Thursday, December 30, 2010

SELAMAT TAHUN BARU


                                               


Hey3 tidak disangka n tidk diduga tahun baru akan menjlg sok..Wow..rasa mcm skjp je hari ni berlalu mngglkn kte tulah kata org hari nk qiamat ni,ha!ape?Adoi ni yg tkut ni.

Ha!d thn bru sok msti ada azam barukan bg ssiapa yg xde lg tu cptla wat azam baru.Azam sgt pentg,yela..utk mnjdkn kte lbh berwawasn + bermtlmt dlm idup he3..hmm..ckp gan org tp sndri xletak azam baru plak..ape yea azam baru aku?.Azam baru same je mcm 2010 tp cuma nk up kan lg performance aku yela mcm xpuas ati klo rajin tu mmg rajin tp rajin sekerat-sekeraat ha3,ape da aku ni yela klo malas dh mguasai diri smua pon xjd tau!

D thn 2010 bnyk btol kngn suka, duka, pnglmn baru yg kdngkala kte dpt kngkn kembali..actualy,thn2 lps yg len pun sama gakkn msti ada smua mcm tu ha3..

K la malas nk tulis panjang2,ha!tgok baru je nk berazam jd rajin ni dah malas.opppsss..tpi ni blom msuk thn baru. So t thn baru baru wat key,bole gitu la plak...D thn baru nnti buangkn la sifat yg xbek tuk dn berhijrah kpd yg bek k . But yg plg xsuka thn baru ni sbb usia kita mkin mngktn plak la..Adoi! xpela janji muka still awet muda wa3..yg pling bestnye kte smbut bfdy lg skli,yahowww! ok2  jumpa di thn bru dn selamat thn baru..jgn wat yg bkn2 tau t smbut thun baru tu..dada,didi,dudu,deddot....

Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH MALAYSIA

Allhamdulilah dengan usaha, semangat, kerjasama dan kekuatan pasukan bola sepak Malaysia akhirnya mereka dapat mengecapi kemenangan yang sememangnya dinanti-nantikan sekian lama..Thniah.


                            

Walaupun mereka berdepan dengan ancaman musuh (indonesia) pemain muda bola sepak kita tidak gentar itulah yang sebenarya diperlukan oleh mereka untuk menang. Ketewasan mereka di Indonesia iaitu sebanyak 2-1 tidak menghalang skuad kita menang kerana sebelum ini perlawanan di stadium bukit jalil telah mengalahkan indonesia 3-0.

Tapi malangnya Indionesia telah menunding jari kepada negara kita kerana pengunaan leser tapi indonesia sendiri yang melakukan perkara trersebut semasa penentagan di stadium gelora bung karno tetapi itu tidak menjadi penghalangya.

Malaysia akhirnya dinobatkan sebagai pemenang dengan menewaskan indonesia 4-2, akhirnya bola sepak negara dapat menghapus semua tomahan yang mencalar nama baik sukan tersebut,malah mereka juga mendapat ucapan tahniah daripada pemain manchaster united..

Jika dilihat semangat adalah sangat penting untuk berjaya tidak kira apa jua halangan yang datang..sama2 kita menentang halangan yang menghalang kita...MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...

Sunday, December 26, 2010

TIPS UNTUK MENJDI KURUS

Berikut adalah tips sya untuk mgklkn bdn ku sentiasa kurus,caranya mudah sje dn mmg sgt2 berkesan kpd anda. Jom sama2 kita ikut ye:
1) kemas umah tiap2 hari.  

2) klo boring tu jgn dok umah je g la kuar mane2 ye, g  merayap mane2 ke atau g shopping dan sbgya.  

3) Bersenam.x smstinye jogging kat luar, jogging kt dlm umah pon bole tp khusus tuk yg ada umah besar je k,  klo xde tu wt la semnam robik atau poco2.Ha! jgn lupa pasang music skli biar kte smgt skt nk wt senaman tu  tau!

k la tu je tips sya, he3.....

scra ksmpulnye banyakkanlah bergerak sbb klo bnyk bergerak ia bole mmbakar lemak kte scra slow-slow, lg satu mggelakkn kte rehat trllu brlbhn hgga mgumpul lemak bnyk kt bdn..so..rajin2 bergerak tau jgn malas2..

Saturday, December 25, 2010

myMetro | Menantu tidak setaraf


Hmm..sya agak tertarik dgn topic ni sbb sbnrya cite ni ada kaitan gan family sya tpi xspnuhnye. Situasi ini brlku antra abang sya yg hnya bertaraf SPM dan akak ipar sya (skrg) yang brtraf kelulusan ijazah al-azhar tetapi kini mereka bhgia dan ada anak satu (anak buah sya)..

Sebnrya kdaan ini tidak akn berlaku(sprti di metro) apabila kedua-dua belah ibu bapa menerima dgn baik kehadiraan menantu yg tdk setaraf dengan anak mereka..Yela... mgkin kbnykkn ibu bapa risau dan ingin melihat kbhgian anak mereka sbb tu mereka brtindk demikian..

Nak buat mcmna bak kata pepatah ,''cinta itu buta'' zman skg..kalau di bandigkan zmn dulu2 agaknye cinta tu kurang kowt hanya sdkt saja yg bekawin hanya krana cinta..Pemikiran org dlu dan zmn skrg mmg agak berbeza dah..So, smuanya brgantug kpd psgn bgimna mreka hendak mngndalikn khdupn mereka..

Ha!bg yg nk wt kputusn sndri tu..berani buat berani tanggung yea..wala...

myMetro | Dua beradik peluk kekasih

myMetro | Dua beradik peluk kekasih

Masyallah!ape nk jd dgn remaja2 zmn sekrg ni,knpa perkra sprti ini bolh berlaku?,dimanakah silapnya?..Mereka langsung tdk ada rasa tkut, malu dgn ibu bapa mereka lebih-lebih lg dengan tuhan..Adakah msyrkt kta kini diambang kejahilan? Yallah jauhilah Ya Allah..hamba sgt2 tkut...


''YA ALLAH BANTUHLAH HAMBA2 MU INI AGAR MEREKA JAUH DARI SEGALA PERKARA-PERKARA YANG MELALAIKAN DAN MAKSIAT, SERTA SENTIASA TAKUT DAN SELALU MENGIGATIMU YALLAH''.

Thursday, December 23, 2010

watak atau kelakuan anak

Assalamualikum w.b.t

Hai..pada hari ini atau pada ari jumaat yang mulia ini terdapt banyak ceramah2 di Tv. Saya pun tengok dan dengar ceramah di aAl-hidayah (di Tv3) yang bertajuk bagaimana hendak mendidik anak..Tetapi dalam segmen tersebut saya tertarik dengan ucapan ustaz yang menyatakan bahawa ''watak anak  lebih kepada ibunya''. Maksudnya urat ibu lebih kepada anak atau kalau nak faham lagi anak2 lebih mengikuti cara ibunya berbanding ayah. Ha, jadi ni penting bagi kaum lelaki untuk mencari pasangan atau isteri yang baik tau kerana ia akan membentuk zuriat kita..Kita mesti fikir ke hadapan jangan cuma berfikir sekerat sahaja yea..

Kepada wanita jagalah akhlak anda ya kerana ramai lelaki sebenarya inginkan pasangan yang baik-baik. Wanitalah yang lebih banyak tanggungjawabnye terhadap anak-anak mereka sebab itu anak lebih rapat dengan ibu. Semasa mengandung jagalah tingkah laku kita dan perbanyakkan baca al-quran untuk anak kita. Selepas melahirkan dan anak kian membesar didiklah mereka dengan baik dan terapkan ilmu-ilmu agama bagi membentuk sahsiah yang berakhlak dan baik.

Tetapi ini tidak semestinya wanita tidak perlu mencari pasangan yang baik,jangan salah sangaka. Wanita juga perlu mencari pasangan yang baik kerana kalau suami kurang  baik keadaan rumahtangga pun tidak harmoni kan..Suami adalah imam dan ketua kepada sesebuah keluaraga.Dalam surah an-nur ayat 26,Allah berfirman bahawasanya wanita yang baik-baik adalah untuk lelaki yang baik-baik-amin.

Jadi kepada wanita dan lelaki carilah pasangan yang betul2 yea..jangan main ambik je nanti sape yang rugi,bkn saya yang rugi tau..

ok..itu je..wasalam..

Monday, December 20, 2010

MALANG TIDAK BERBAU

Saban hari kita mendegar kes kemalangan yg kian menjadi-menjadi dan semakin meningkat diantara bas, kereta dan motorsikal keculi basikal je yang tak,he3..Yela,sapela yang nak accident tetapi disebabkan kecuaian dan kelalian menyebabkan kedaan tersebut boleh berlaku. Kelalian dan kecuian ini sebenarya berpunca daripada rasa mengantuk, penat dan salah anggapan pemandu dan penunggang selain daripada terlalu laju membawa kenderaan.

                                                       contoh gambar kemlangan

Disini saya nak berkongsi serba sedikit pengalaman saya  pada 20/12/2010 dimana saya juga turut mengalami keadaan yang sama dan menyebabkan kecederaan yang teruk berlaku pada kereta saya dan kecederaan sedikit pada kenderaan yang lagi satu ni.

Citanye bermula apabila saya berada di simpang hendak memotong kekanan.Apabila saya melihat kenderaan dihadapan sbelah kanan tiada dan melihat di sebelah kiri kenderaan tengah berhenti dan kenderaan hadapan saya pun memotong dan saya pun ikut kerana line clear.selepas memotong dan kenderaan saya dalam keadaan menegak tiba-tiba terdengar bunyi seretan dan pecahan kaca. Pada masa itu,sya tidakla terkejut sangat pun tetapi tidak menyangka bahaya kereta saya telah berlanggar dengan sebuah kenderaan honda city..ooo,dalam hati ''habislah aku ni,kereta mahal ni''. Saya telah dinyatakan bersalah kerana saya tidak memberi laluan dan menggangu jalan orang walaupun saya dilanggar dan saya pun disaman sebanyak RM300..Nasib bek orang tu tak mintak ganti rugi time tu jugak kalau tidak matilah saya bape ribu nak ganti tu..Habis keta saya hancur bahagian hadapan dan honda city hanya kemek sedikit di bahagian tepi..
So the moral story is berhati-hatilah ketika di jalan raya,ingatlah orang tersayang,hmm2..dan bukan sahaja pejalan kaki yang harus pandang kiri kanan tetapi pemandu juga perlu dan pastikan keadaan clear barulah memotong..Pada masa itu mungkin saya agak mengantuk jadi saya beradaan dalam keadaan kurang sedar..Jadi kepada pemandu2 lain janganlah tiru macam saya yea..